Isnin, 23 April 2012

Assalamualaikum..

Seloka Buat Pelajar...

Zaman ini zaman kemajuan
Menuntut ilmu itulah tujuan
Wahai pelajar sahutilah seruan
Nasihat guru jadikan panduan

Ilmu pengetahuan sangat berguna
Tuntutlah ilmu walau di mana
Supaya hidup lebih bermakna
Tidak menjadi insan yang hina

Guru mengajar tidak pernah jemu
Di dalam kelas mencurahkan ilmu
Semuanya untuk kebaikan kamu
Agar menjadi orang berilmu

Kepada guru hendaklah dihormati
Nasihat guru patutlah dituruti
Jasa guru selalulah diingati
Agar hidup sentiasa diberkati

Jangan cuba bermain cinta
Nanti kecewa anda menderita
Kuatkan semangat capai cita-cita
Ingatlah ayah bonda tercinta

Tingkatan satu pelajarnya nakal
Tanamkan semangat tabah dan cekal
Hidup di dunia tidak akan kekal
Iman dan amal jadikan bekal

Tingkatan dua pelajarnya hebat
Rupamu selamba otakmu ligat
Datang ke sekolah sentiasa cepat
Jangankan lambat lagikan tepat

Wahai pelajar tingkatan tiga
Anda mestilah berjaga-jaga
PMR datang mahu menduga
8A dan 9A amat berharga

Tingkatan empat hebat belaka
Jangan terlalu banyak bersuka
Dengan ibu bapa jangan derhaka
Kelak mendapat tiket ke neraka

Kepada pelajar tingkatan lima
Jadikan anda orang ternama
Mulakan belajar usah tunggu lama
Kerana SPM akan menjelma

Sampai di sini seloka diberi
Semoga Badlishah tegak berdiri
Ampun dan maaf menyusun jari
Kami terpaksa mengundur diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan